Khamis, 26 November 2009

LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI PEJABAT PERTANIAN DAERAH DAN BERSAMA PENGUSAHA DI BAWAH BIMBINGAN JABTAN PERTANIAN DAERAH






Pada 23.11.2009 sehingga 24.11.2009 Pejabat Pertanian Daerah Lahad Datu telah mengadakan satu lawatan ke daerah kunak dan Tawau. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha di bawah bimbingan Pejabat Pertanian daerah tetang produk-produk dan kemudahan- kemudahan yang di berikan oleh Jabatan Pertanian Sabah bagi meningkatkan pendapatan di bawah projek 2M2P melalui seliaan Unit Pembangunan Industri Asas Tani Daerah. Sebanyak 5 orang Pengusaha dan 4 orang kakitangan menyertai Lawatan ini.

Lawatan ini di ketua oleh En Suhaini Selaku Penyelaras Latihan Daerah dan (Wakil Pengawai Penguasa Pertanian Daerah) dibantu oleh Puan Martina selaku Ketua Unit Industri Asas Tani Daerah Dan Puan Dayang Hawa.

Sabtu, 14 November 2009

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

TUJUAN

  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

LATAR BELAKANG

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan

MEKANISME PELAKSANAAN

  • Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
  • Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
  • Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.

· baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
  3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
    • Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
    • Jabatan Pertanian
    • Jabatan Perikanan Malaysia
    • Jabatan Veterinar Malaysia
    • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
    • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
    • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
    • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
    • Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
    • Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
  4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
    • Pejabat Pembangunan Negeri.
    • Pejabat Daerah.
    • Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
  5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.

Garis Panduan Kemiskinan (Pendapatan Bulanan Isi Rumah)

Sabah

Sarawak

1.

Kategori Miskin Tegar
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 540
RM 540

RM 530
RM 500

2.

Kategori Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 970
RM 940

RM 860
RM 810

3.

Kategori Mudah Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM1,500
RM1,000

RM1,500
RM1,000

Berita Gembira Kepada Semua Kakitangan Awam Negeri

(Bayaran Khas sebanyak RM500.00 Kepada Kakitangan Awam Negeri)

Kerajaan prihatin dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh
anggota perkhidmatan awam selama ini dan telah pun berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan melalui kaedah dan pengetahuan berasaskan inovasi untuk menyahut cabaran di hadapan. Pada hemat saya, adalah tidak wajar jika Bayaran Khas berjumlah RM500.00 yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan tidak dipanjangkan kepada anggota perkhidmatan awam negeri ini. Oleh yang demikian, sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjalankan jentera pentadbiran kerajaan dengan penuh dedikasi, sukacita saya mengumumkan Bayaran Khas sebanyak
RM500.00 juga diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri dalam gred kumpulan sokongan hingga gred 54, yang akan dibayar pada tahun ini.

Peruntukan RM15 juta laksana Program Bantuan Khusus Sawit


1311-lead-2a
MUSA menyampaikan pemberian bantuan insentif kepada salah seorang penerima, turut disaksikan Yahya, dan Tawfiq.
13th November, 2009

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Khusus Sawit kepada pekebun kecil sawit di negeri ini yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak sawit mentah pada penghujung tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, dengan adanya pembayaran insentif itu, ia dijangka akan dapat meringankan bebas kos pengeluaran buah sawit pekebun-pekebun kecil persendirian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pemberian “Relief Incentive” di bawah Skim Bantuan Khusus Sawit kepada pekebun-pekebun kecil yang diadakan di Wisma Kewangan, di sini, kelmarin.

Justeru itu, katanya, kerajaan meminta semua pekebun kecil sawit untuk mendaftar permohonan mereka di pejabat-pejabat pertanian yang berhampiran di kawasan masing-masing

Ini kerana katanya, daripada 11,018 pekebun kecil sawit yang melibatkan keluasan 40,902 hektar yang berdaftar pada tahun lalu dengan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), hanya terdapat seramai 727 orang pekebun kecil sawit dengan keluasan 3,880 hektar sahaja yang tampil mendaftar dengan Jabatan Pertanian.

Musa berkata, kejatuhan mendadak harga minyak sawit mentah daripada RM3,500 setan kepada RM1,400 setan pada penghujung tahun lalu telah memberi kesan yang amat besar kepada pekebun-pekebun kecil sawit di negeri ini.

“Dalam tempoh berkenaan, dilaporkan Buah Tandan Segar yang dihasilkan oleh para pekebun kecil tidak dapat dipasarkan, ini menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil dan pada masa yang sama sedang menghadapi bebanan peningkatan harga input pertanian terutamanya baja,” katanya.

Skim Bantuan Khas Sawit dan Skim Pinjaman Mudah membabitkan dana RM50 juta daripada Kerajaan Negeri, manakala bagi Skim Bantuan Khusus Sawit dikendalikan oleh Jabatan Pertanian, pendekatan asal skim itu ialah pembayaran berasaskan perbezaan harga lantai RM250 setan kepada pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan kurang daripada 6.07 hektar.

Ini kerana, katanya, pasaran sawit telah beransur pulih dan dengan itu harga buah sawit telah mula meningkat dan berasa di atas harga lantai RM250 setan yang ditetapkan di bawah skim itu.

“Masalah penjualan buah tandan segar pekebun kecil juga telah dilaporkan tidak lagi wujud, oleh itu tiada sebarang pembayaran dilakukan kepada para pekebun kecil yang mendaftar dengan skim ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, demi kebajikan pekebun-pekebun kecil sawit, pendekatan Skim Bantuan Khusus Pekebun Kecil Sawit itu telah disemak semula dan kerajaan kini memperkenalkan pembayaran “Relief Incentive” sebanyak RM50 setan kepada pekebun-pekebun kecil sawit di negeri ini yang layak

Beliau berkata, pemberian Relief Incentive itu melibatkan pembayaran sekali sahaja secara tunai sebanyak RM50 setan abgi tempoh tiga bulan untuk menggantikan rugi keadan harga terendah dalam bulan Oktober, November dan Disember pada tahun lalu.

Menurutnya, pembayaran yang dibenarkan adalah dihadkan kepada keluasan 6.07 hektar kepada pekebun kecil sawit yang memiliki tanaman berumur antara empat hingga 25 tahun sahaja.

“Saya berharap agar para Pekebun Kecil Sawit yang akan menikmati insentif tunai yang diterima di bawah skim ini akan memanfaatkannya, terutama bagi tujuan meningkatkan lagi pengeluaran buah sawit (FFB),” katanya.

Musa berkata, beliau yakin insentif tunai itu sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban pembelian baja oleh para Pekebun Kecil Sawit di negeri ini.

Beliau berkata, untuk memudah penyaluran bantuan, kerajaan juga menggalakkan semua pekebun kecil yang berada di setiap daerah menubuhkan persatuan pekebun kecil sebagai saluran antara mereka dengan kerajaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Donald Peter Mojuntin, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Haji Yusof Kassim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Haji Jumahat Intang dan Pengarah Pertanian Negeri, M.C. Ismail Salam

PERUNTUKAN KHAS KEPADA TABUNG KHAS SAWIT

sebagai tanda keprihatinan, kerajaan akan terus menyumbang peruntukan sejumlah RM30.00 juta kepada tabung khas pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, seperti yang dilakukan pada tahun ini apabila mereka mengalami kesulitan dalam industri ini.

BAJET 2010 KERAJAAN NEGERI SABAH

Memperkukuhkan Sektor Pertanian


Sektor Pertanian yang selama ini menjadi tunggak kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial negeri adalah penerima peruntukan pembangunan kedua terbesar. Dengan sumbangan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi Sabah, maka Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM524.25 juta atau 15.87 peratus daripada
Bajet 2010 untuk memantapkan lagi perbelanjaan operasi dan pembangunan sektor pertanian termasuklah perikanan, haiwan dan pengairan. Sejajar dengan Dasar Pertanian Kedua Sabah lebih banyak program akan ditekankan dalam usaha meluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), penghasilan produk-produk baru dengan nilai
tambah yang tinggi serta pembangunan pemasaran yang efisien. Oleh yang demikian, selain daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, turut menjayakan strategi ini ialah Korporasi Pembangunan Desa, KO-Nelayan dan Lembaga Industri Getah Sabah yang melibatkan peruntukan sejumlah RM42.73 juta.