Ahad, 20 Disember 2009

~Salam Maal Hijrah 1431 H ~


Salam Maal Hijrah 1431 H kepada Semua Muslimin dan muslimat ikhlas daripada Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Lahad Datu.

Khamis, 26 November 2009

LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI PEJABAT PERTANIAN DAERAH DAN BERSAMA PENGUSAHA DI BAWAH BIMBINGAN JABTAN PERTANIAN DAERAH






Pada 23.11.2009 sehingga 24.11.2009 Pejabat Pertanian Daerah Lahad Datu telah mengadakan satu lawatan ke daerah kunak dan Tawau. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pengusaha-pengusaha di bawah bimbingan Pejabat Pertanian daerah tetang produk-produk dan kemudahan- kemudahan yang di berikan oleh Jabatan Pertanian Sabah bagi meningkatkan pendapatan di bawah projek 2M2P melalui seliaan Unit Pembangunan Industri Asas Tani Daerah. Sebanyak 5 orang Pengusaha dan 4 orang kakitangan menyertai Lawatan ini.

Lawatan ini di ketua oleh En Suhaini Selaku Penyelaras Latihan Daerah dan (Wakil Pengawai Penguasa Pertanian Daerah) dibantu oleh Puan Martina selaku Ketua Unit Industri Asas Tani Daerah Dan Puan Dayang Hawa.

Sabtu, 14 November 2009

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

TUJUAN

  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

LATAR BELAKANG

Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan

MEKANISME PELAKSANAAN

  • Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
  • Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
  • Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.

· baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
  3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
    • Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
    • Jabatan Pertanian
    • Jabatan Perikanan Malaysia
    • Jabatan Veterinar Malaysia
    • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
    • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
    • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
    • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
    • Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
    • Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
  4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
    • Pejabat Pembangunan Negeri.
    • Pejabat Daerah.
    • Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
  5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.

Garis Panduan Kemiskinan (Pendapatan Bulanan Isi Rumah)

Sabah

Sarawak

1.

Kategori Miskin Tegar
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 540
RM 540

RM 530
RM 500

2.

Kategori Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 970
RM 940

RM 860
RM 810

3.

Kategori Mudah Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM1,500
RM1,000

RM1,500
RM1,000

Berita Gembira Kepada Semua Kakitangan Awam Negeri

(Bayaran Khas sebanyak RM500.00 Kepada Kakitangan Awam Negeri)

Kerajaan prihatin dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh
anggota perkhidmatan awam selama ini dan telah pun berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan melalui kaedah dan pengetahuan berasaskan inovasi untuk menyahut cabaran di hadapan. Pada hemat saya, adalah tidak wajar jika Bayaran Khas berjumlah RM500.00 yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan tidak dipanjangkan kepada anggota perkhidmatan awam negeri ini. Oleh yang demikian, sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjalankan jentera pentadbiran kerajaan dengan penuh dedikasi, sukacita saya mengumumkan Bayaran Khas sebanyak
RM500.00 juga diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri dalam gred kumpulan sokongan hingga gred 54, yang akan dibayar pada tahun ini.

Peruntukan RM15 juta laksana Program Bantuan Khusus Sawit


1311-lead-2a
MUSA menyampaikan pemberian bantuan insentif kepada salah seorang penerima, turut disaksikan Yahya, dan Tawfiq.
13th November, 2009

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Khusus Sawit kepada pekebun kecil sawit di negeri ini yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak sawit mentah pada penghujung tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, dengan adanya pembayaran insentif itu, ia dijangka akan dapat meringankan bebas kos pengeluaran buah sawit pekebun-pekebun kecil persendirian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pemberian “Relief Incentive” di bawah Skim Bantuan Khusus Sawit kepada pekebun-pekebun kecil yang diadakan di Wisma Kewangan, di sini, kelmarin.

Justeru itu, katanya, kerajaan meminta semua pekebun kecil sawit untuk mendaftar permohonan mereka di pejabat-pejabat pertanian yang berhampiran di kawasan masing-masing

Ini kerana katanya, daripada 11,018 pekebun kecil sawit yang melibatkan keluasan 40,902 hektar yang berdaftar pada tahun lalu dengan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), hanya terdapat seramai 727 orang pekebun kecil sawit dengan keluasan 3,880 hektar sahaja yang tampil mendaftar dengan Jabatan Pertanian.

Musa berkata, kejatuhan mendadak harga minyak sawit mentah daripada RM3,500 setan kepada RM1,400 setan pada penghujung tahun lalu telah memberi kesan yang amat besar kepada pekebun-pekebun kecil sawit di negeri ini.

“Dalam tempoh berkenaan, dilaporkan Buah Tandan Segar yang dihasilkan oleh para pekebun kecil tidak dapat dipasarkan, ini menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil dan pada masa yang sama sedang menghadapi bebanan peningkatan harga input pertanian terutamanya baja,” katanya.

Skim Bantuan Khas Sawit dan Skim Pinjaman Mudah membabitkan dana RM50 juta daripada Kerajaan Negeri, manakala bagi Skim Bantuan Khusus Sawit dikendalikan oleh Jabatan Pertanian, pendekatan asal skim itu ialah pembayaran berasaskan perbezaan harga lantai RM250 setan kepada pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan kurang daripada 6.07 hektar.

Ini kerana, katanya, pasaran sawit telah beransur pulih dan dengan itu harga buah sawit telah mula meningkat dan berasa di atas harga lantai RM250 setan yang ditetapkan di bawah skim itu.

“Masalah penjualan buah tandan segar pekebun kecil juga telah dilaporkan tidak lagi wujud, oleh itu tiada sebarang pembayaran dilakukan kepada para pekebun kecil yang mendaftar dengan skim ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, demi kebajikan pekebun-pekebun kecil sawit, pendekatan Skim Bantuan Khusus Pekebun Kecil Sawit itu telah disemak semula dan kerajaan kini memperkenalkan pembayaran “Relief Incentive” sebanyak RM50 setan kepada pekebun-pekebun kecil sawit di negeri ini yang layak

Beliau berkata, pemberian Relief Incentive itu melibatkan pembayaran sekali sahaja secara tunai sebanyak RM50 setan abgi tempoh tiga bulan untuk menggantikan rugi keadan harga terendah dalam bulan Oktober, November dan Disember pada tahun lalu.

Menurutnya, pembayaran yang dibenarkan adalah dihadkan kepada keluasan 6.07 hektar kepada pekebun kecil sawit yang memiliki tanaman berumur antara empat hingga 25 tahun sahaja.

“Saya berharap agar para Pekebun Kecil Sawit yang akan menikmati insentif tunai yang diterima di bawah skim ini akan memanfaatkannya, terutama bagi tujuan meningkatkan lagi pengeluaran buah sawit (FFB),” katanya.

Musa berkata, beliau yakin insentif tunai itu sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan beban pembelian baja oleh para Pekebun Kecil Sawit di negeri ini.

Beliau berkata, untuk memudah penyaluran bantuan, kerajaan juga menggalakkan semua pekebun kecil yang berada di setiap daerah menubuhkan persatuan pekebun kecil sebagai saluran antara mereka dengan kerajaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Donald Peter Mojuntin, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Haji Yusof Kassim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Haji Jumahat Intang dan Pengarah Pertanian Negeri, M.C. Ismail Salam

PERUNTUKAN KHAS KEPADA TABUNG KHAS SAWIT

sebagai tanda keprihatinan, kerajaan akan terus menyumbang peruntukan sejumlah RM30.00 juta kepada tabung khas pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, seperti yang dilakukan pada tahun ini apabila mereka mengalami kesulitan dalam industri ini.

BAJET 2010 KERAJAAN NEGERI SABAH

Memperkukuhkan Sektor Pertanian


Sektor Pertanian yang selama ini menjadi tunggak kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial negeri adalah penerima peruntukan pembangunan kedua terbesar. Dengan sumbangan yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi Sabah, maka Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM524.25 juta atau 15.87 peratus daripada
Bajet 2010 untuk memantapkan lagi perbelanjaan operasi dan pembangunan sektor pertanian termasuklah perikanan, haiwan dan pengairan. Sejajar dengan Dasar Pertanian Kedua Sabah lebih banyak program akan ditekankan dalam usaha meluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), penghasilan produk-produk baru dengan nilai
tambah yang tinggi serta pembangunan pemasaran yang efisien. Oleh yang demikian, selain daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, turut menjayakan strategi ini ialah Korporasi Pembangunan Desa, KO-Nelayan dan Lembaga Industri Getah Sabah yang melibatkan peruntukan sejumlah RM42.73 juta.

Sabtu, 10 Oktober 2009

VARIETI PADI ‘SRI AMAN’

VARIETI PADI

‘SRI AMAN’

MAMPU TINGKAT HASIL

0910-depan-1a
MUSA (tengah) bersama Yahya (kanan) dan Ismail (kiri) sedang menanam benih baru padi dinamakan ‘Sri Aman’.
9th October, 2009

TUARAN: Varieti padi baru yang dinamakan ‘Sri Aman’ yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit padi mampu memberikan hasil tuaian yang tinggi, iaitu antara lima hingga tujuh tan sehektar dan mampu meningkat- kan hasil padi di negeri ini.

Varieti padi baru Sri Aman itu merupakan penemuan penting yang akan memberi manfaat kepada petani di negeri ini adalah hasil penemuan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.

Ketua Menteri, Dauk Seri Musa Haji Aman yang melancarkan varieti baru padi itu. sempena Hari Terbuka Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, di sini, kelmarin berkata, sekiranya teknologi pertanian yang berkenaan diamalkan sepenuhnya pengeluarannya mampu mencapai sehingga 10 tan sehektar.

Katanya, pelancaran varieti padi baru itu juga akan dapat membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan tahap sara diri bagi pengeluaran beras di negeri ini yang pada masa ini pada tahap 30 peratus.

“Difahamkan sehingga kini, sejumlah 19 varieti padi baru dan 60 varieti tanaman makanan telah disyorkan untuk diusahakan oleh para pengusaha pertanian di negeri ini,” katanya.

Musa berkata, kejayaan menghasilkan varieti-verieti padi baru telah berjaya meningka- tkan hasil petani yang dahulunya kurang daripada 1tan sehektar kepada lebih 3.5 tan sehektar pada masa kini.

“Saya berharap agar Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran akan terus berusaha memainkan peranan dan tanggungjawabnya sebagai teras utama untuk pembangunan industri pertanian di negeri ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata, peranan dan tanggungjawab bidang penyelidikan amat penting

Menurutnya, pengenalan kepada teknologi terkini dalam pengeluaran beras, sayur-sayuran dan buah-buahan tanah tinggi akan membantu meningkatkan tahap sara diri sambil meningkatkan taraf sosio ekonomi petani tempatan.

Ia katanya, selaras dengan objektif Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN3) dan juga Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-2 (DPNS2).

“Usaha sedemikian juga sudah pasti akan memberi impak bagi mengurangkan bil import makanan melalui peningkatan pengeluaran tanaman yang berpotensi sebagai pengganti import,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman dan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, M.C. Ismail Salam.

Ahad, 4 Oktober 2009

Program Bumi Hijau


Program Bumi Hijau


PROGRAM BUMI HIJAU

Pelaksanaan Program Bumi Hijau dan Pembangunan Keluarga Tani adalah lanjutan dari program Kempen Buku Hijau yang telah dilancarkan pada 3 Mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Program ini terdiri dari 3 komponen utama iaitu Tanaman (bercucuk tanam), Ternakan dan Akuakultur. Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam dan ikan atau dengan kombinasi yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan selebihnya boleh diproses/guna sendiri. Penanaman sayur-sayuran akan dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambilkira konsep ‘kitchen garden’ atau ‘edible landscape’, secara langsung akan memperindahkan lanskap kawasan kediaman mereka.

Matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Ini akan dapat meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan dan kesan kenaikan kadar inflasi. Dalam masa yang sama program ini dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk negara mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan selamat.

Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM 15 juta bagi tahun 2008 dan untuk fasa 1, sebanyak RM 5 juta telah diagihkan. Dengan peruntukan tersebut Jabatan telah menetapkan sasaran seramai 187,000 keluarga di 2,880 Kampung dan Taman Perumahan di seluruh negara.

Kit Bumi Hijau bernilai RM15.00 yang mengandungi 4 jenis biji benih sayuran terpilih, baja serta risalah / selembaran yang mengandungi maklumat cara penanaman dan penjagaan tanaman sayur-sayuran sebagai panduan akan beri secara percuma kepada semua peserta. Orang ramai boleh menyertai program ini; (i) secara individu yang melibatkan peserta menanam di halaman rumah dan (ii) secara berkumpulan/komuniti/institusi (20 peserta/kumpulan) di kawasan tanah lapang di kampung/Taman Perumahan.

Pelaksanaan program ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Program Kempen Bumi Hijau di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Exco Pertanian bertindak sebagai pengerusi J/K diperingkat Negeri dan Jabatan Pertanian menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ini. Semasa melaksanakan program ini Jabatan Pertanian juga perlu bekerjasama dengan lain-lain Jabatan/agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan (Pusat Latihan Perkhidmatan Negara), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Perbadanan Putrajaya, DBKL dan kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah.



Selasa, 22 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


BAGI PIHAK PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN DAERAH LAHAD DATU SERTA WARGA KERJA KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Khamis, 20 Ogos 2009

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN PEGAWAI PERTANIAN DAERAH LAHAD DATU





Bertempat di Unit Pembangunan Keluarga Tanai ( PKT ) Pejabat Pertanian Daerah Lahad Datu, satu Majlis Jamuan Perpisahan Pegawai Pertanian daerah Lahad Datu telah diadakan. Jamuan ini diadakan oleh Semua kakitangan Pejabat berserta Kakitangan Pusat Latihan Vokasional Pertanian bagi menghargai sumbangan dan jasa baik pegawai pertanian daerah yang selama ini banyak membantu untuk membangunkan daerah ini.

Majlis jamuan ini di hadiri oleh Mantan Pegawai Pertanian Daerah En Julkifli Hj Juhuri, Ketua Unit Sistem Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Pertanian En Asni Osir dan semua kakitangan pejabat dan Pusat.

Dalam majlis ini, mantan pegawai merakamkan jutaan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana banyak membantu beliau melicinkan segala urusan yang telah di amanatkan kepada beliau selama berkhidmat di daerah ini.

Untuk makluman, Pegawai Pertanian Daerah Lahad Datu bertukar ke daerah Tawau dan sekarang telah bertugas sebagai Pegawai Pertanian Kanan di daerah tawau.

Pameran Info Bestari Daerah Lahad Datu





Ahad, 2 Ogos 2009

LAWATAN PEGAWAI PERTANIAN





PAMERAH INFO BISTARI ULU TUNGKU





PAMERAH INFO BISTARI K JAWA





ANUGERAH USAHAWAN TANI



Bertempat di Hotel Place Karamunsing kota Kinabalu baru-baru ini, satu acara yang gilang gemilang telah berlansung iaitu Anugerah Usahawan Tani Peringkat Negeri Sabah yang telah dirasmikan Oleh Pemangku Pengarah Pertanian Sabah En Idrus Shafie.

Anugerah ini bertujuan untuk menghargai jasa-jasa para usahawan tani di negeri ini yang mana telah banyak membantu sektor pertanian negeri dan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Foto-foto berikut merupakan kejayaan para petani dan usahawan tani di Daerah Lahad Datu.
selaras dengan moto jabatan iaitu "Pertanian Adalah Perniagaan" begitulah kecekalan usahawan tersebut menyahut cabaran sehingga mereka berjaya. Melalui Khidmat Nasihat dan tunjuk ajar daripada juruteknik Pertanian dan Pejabat Pertanian Daerah Lahad Datu. usahawan ini berusaha bersungguh-sungguh sehinggalah berjaya ke hari ini.

" Pertanian Adalah Perniagaan "

Isnin, 13 Julai 2009

Aktiviti Jabatan Pertanian Daerah










Lawatan Kakitangan Jabatan Pertanian Daerah Ke kilang Sawit Borneo Samudera Ladang Sebrang pada 22.05.2009. lawatan ini bertujuan untuk mengetahui serba sedikit tentang proses-proses selanjutnya terutama buah kelapa sawit segar sehingga menjadi minyak yang bersih.

lawatan ini di ketuai oleh En Rata bersama-sama kakitangan Pejabat Pertanian Daerah dan juga disertai oleh kakitangan Pusat latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu. melalui lawatan ini, secara tidak langsung ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kakitangan yang berkaitan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit serta proses-proses lain yang berkaitan dengan minyak kelapa sawit.